More
    Home Sarawak Samarahan Penduduk sekitar Jemukan, Asajaya bakal nikmati akses internet yang lebih baik

    Penduduk sekitar Jemukan, Asajaya bakal nikmati akses internet yang lebih baik

    SADONG JAYA, 29 NOVEMBER 2020 (SNN) : Projek menara komunikasi yang akan dibina di kawasan Kampung Jemukan, Asajaya akan memberi kemudahan jaringan internet berkelajuan tinggi kepada penduduk sekitar.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo, projek yang akan dibangunkan oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan kerjasama pihak Celcom Axiata itu bakal menyelesaikan rungutan penduduk sekitar sebelum ini yang tidak dapat mengakses internet dengan kualiti yang baik.

    “Sebelum ini sering kali mereka mengadu perihal masalah jaringan internet di kawasan itu dalam media sosial dan ini akan menyelesaikan masalah tersebut.

    “Kampung Jemukan adalah salah satu kampung di kawasan DUN Sadong Jaya jadi adalah satu tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Tapak Projek kepada Pihak peneraju pada Sabtu.

    ADUN Sadong Jaya menyambut kunjungan pihak Celcom Axiata dan SMA di kawasan tapak projek

    Dalam masa yang sama, penduduk kampung menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang berusaha menyediakan kemudahan seperti itu di kawasan luar bandar.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...