More
    Home Sarawak Limbang Penduduk Islam Sarawak mencatatkan Maulidur Rasul terbesar dalam sejarah

    Penduduk Islam Sarawak mencatatkan Maulidur Rasul terbesar dalam sejarah

    KUCHING, 9 November 2019 (SNN) – Penduduk Islam Sarawak mencatatkan perarakan Maulidur Rasul terbesar dalam sejarah pada tahun ini.  Di Bandaraya Kuching sahaja lebih dari 11,000 orang telah menyertai perarakan ini sehingga memaksa pihak penganjur membuat dua laluan berasingan.  Di samping itu semua 13 Bahagian dan 23 Daerah juga telah menganjurkan perarakan masing-masing dengan meriah pada tahun ini. Tema pada tahun ini adalah “Ummah Gemilang”.

    Back

    3. Perarakan raksasa

    Perarakan raksasa di Bandaraya Kuching pagi tadi telah diserikan oleh Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Dr. Abang Hj. Johari bin Tun Abang Hj. Openg dan isteri.  Beliau telah diiringi oleh Menteri Muda Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan isteri selaku menteri yang bertanggungjawab.  Turut hadir juga adalah Menteri-Menteri, Menteri-Menteri Muda, Presiden Majlis Islam, Pejabat Mufti, Datuk Bandar Kuching Utara, Pengarah Jabatan Islam, Ketua-Ketua Jabatan dan orang kenamaan masyarakat Melayu dan Islam.

    Sebahagian daripada orang kenamaan dan ketua jabatan.
    Back
    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Abang Johari says Sarawak’s self-funded devt drive presses on despite cancelled...

    0
    KUCHING (June 20): Past setbacks involving cancelled projects under earlier federal administrations did not deter Sarawak’s determination to continue its development agenda, said Premier...