Pemain Catur Berentap di Kejohanan Catur Terbuka UNIMAS 2019 kali ke-4 (FIDE Rated Rapid)

0
103
Haji Len Talif Salleh bergambar bersama para peserta

Kota Samarahan, 10 November 2019 (SNN) – Kelab Catur UNIMAS menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka UNIMAS 2019 kali ke-4 (FIDE Rated Rapid) bertempat di Dewan Serbaguna Pavilion, UNIMAS pada 9 dan 10 November 2019.

Dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak, Kelab Catur UNIMAS dengan bangganya membawakan Kejohanan Catur Terbuka UNIMAS bagi kali keempat berturut-turut, dengan tema “The Forthcoming War”. Kejohanan catur rapid yang berlangsung selama dua (2) hari ini mempunyai sembilan (9) buah pusingan dengan kawalan masa selama dua puluh lima (25) minit, dan sepuluh (10) minit increment.

Kejohanan ini disertai oleh 150 orang peserta dari empat (4) buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Filipina turut berentap dalam kejohaban berprestij ini untuk bersaing bagi merebut hadiah terkumpul yang berjumlah RM10, 320. Acara kejohanan antarabangsa ini dirasmikan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, YB Datu Haji Len Talif Salleh.

Kelab Catur UNIMAS merupakan sebuah persatuan catur di bawah naungan Pusat Khidmat Pelajar, UNIMAS. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk mengasah kemahiran pemain-pemain catur dengan memberikan peluang kepada mereka untuk menyertai pelbagai aktiviti, kejohanan dan juga untuk bersaing secara sihat dalam pertandingan catur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here