More
    Home Lain-lain Penduduk di pedalaman Kapit bakal nikmati kemudahan elektrik 24 jam

    Penduduk di pedalaman Kapit bakal nikmati kemudahan elektrik 24 jam

    KAPIT, 11 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Lebih kurang 6,000 orang penduduk di kawasan pedalaman Kapit, Bukit Mabong bakal menikmati kemudahan elektrik 24 jam apabila siapnya projek janakuasa solar di kawasan berkenaan siap kelak.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merangkap Ahli Parlimen Bukit Mabong, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, projek di bawah Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) yang bernilai RM42 juta itu bakal memberi manfaat kepada 32 rumah panjang di sepanjang kawasan berkenaan.

    “Siapnya projek ini kelak bakal memberi manfaat kepada penduduk di pedalaman sekaligus dapat mengurangkan kos perbelanjaan harian penduduk untuk membeli minyak bagi tujuan generator elektrik.

    “Sepanjang tempoh tahun 2016 hingga 2019 sebanyak 142 buah rumah panjang di bahagian Kapit telah menikmati kemudahan itu,” katanya semasa Majlis Penyerahan Hak Milik Projek SARES bagi Daerah Kapit dan Daerah Bukit Mabong di Dewan Suarah Kapit pada Khamis.

    Pelaksanaan projek berkenaan banyak beri manfaat kepada penduduk di oedalam Kapit.-Gambar Ukas.

    Turut hadir sama ke majlis itu Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Liwan Lagang bagi menjelaskan pelan induk Elektrik Luar Bandar yang diluluskan oleh kerajaan Sarawak dengan peruntukan khas sebanyak RM2.37 bilion bagi tahun 2019 dan 2020.

    Hadir sama dalam majlis ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang dan ADUN Bukit Garon Jefferson Jamit Unyat.-Sumber Ukas. Nizal

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...