More
    Home Pemilik kedai parah manakala pekerja cedera disamun empat lelaki

    Pemilik kedai parah manakala pekerja cedera disamun empat lelaki

    KUCHING, 09 DISEMBER 2020 (SNN) : Seorang pemilik kedai runcit cedera parah di kepala manakala pekerjanya lebam di bahagian mata selepas disamun empat lelaki di Jalan Samariang, pada Isnin lalu.

    Menurut Ketua Balai Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani, kejadian tersebut berlaku ketika pemilik kedai berkenaan hendak menutup kedai sekitar jam 10 malam namun secara tiba-tiba mereka didatangi empat lelaki sebelum bertindak menyamun.

    “Suspek mula bertindak menumbuk bahagian muka pekerja terbabit yang berusia 53 tahun sebelum bertindak agresif menyerang pemilik kedai menggunakan senjata tajam selepas diarah beredar dari premis berkenaan.

    “Akibat daripada itu, pemilik kedai mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala akibat terkena senjata tajam yang digunakan oleh suspek,” katanya dalm satu kenyataan.

    Tambahnya, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

    Kerugian yang dialami oleh pemilik kedai masih belum diketahui dan disahkan setakat ini.

    “Usaha mengesan keempat-empat suspek masih giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta untuk menyalurkannya kepada pihak polis,” tambah Awang Din.

    Kes tersebut masih disiasat di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan.

    Keadaan kedai runcit akibat disamun oleh empat suspek bersenjatakan benda tajam

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...