More
    Home Sarawak Samarahan Pemasangan lampu jalan di beberapa kawasan di Daerah Asajaya bakal terangi kawasan...

    Pemasangan lampu jalan di beberapa kawasan di Daerah Asajaya bakal terangi kawasan gelap sebelum ini

    ASAJAYA, 09 DISEMBER 2020 (SNN) : Pemasangan lampu jalan yang akan ditempatkan di beberapa kawasan kampung akan menerangi jalan yang selama ini gelap dan mengundang bahaya kepada penduduk kampung dan pengguna jalan yang lain.

    Pihak Pejabat Daerah Asajaya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan pada hari ini telah meninjau ke kawasan tapak projek yang melibatkan 16 buah persimpangan kampung dalam Daerah Asajaya.

    Usaha yang dilakukan ini bertujuan bagi mengatasi masalah kemalangan mahupun kes jenayah yang sering terjadi kerana di sepanjang jalan kawasan terbabit sangat gelap dan menyukarkan pergerakan pengguna pada waktu malam.

    Antara kampung yang terlibat dalam projek berkenaan adalah simpang jalan masuk ke Kampung Sambir, simpang Kampung Sebandi Matang, Sebandi Ulu, simpang Kampung Moyan Ledang Iban, Moyan Ledang Cina, Kampung Moyan Laut, Moyan Ulu, Moyan Lot Ulu dan kampung-kampung sekitarnya di bawah pentadbiran Daerah Asajaya.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    JKM Miri hantar barangan keperluan lebih seribu kepada penduduk di Penempatan...

    0
    MIRI, 27 JANUARI 2021 (SNN): Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri menghulur bantuan kerupa barangan keperluan kepada penduduk di kawasan Sungai Liam dan Sungai...