Pembunuhan Fadi: Petunjuk baharu telah diperolehi

0
179
Dua orang suspek melepaskan 10 das tembakan ke atas Dr Fadi al-Batash dengan menunggang motorsikal berkuasa tinggi.

Bagan Datuk, 2 April 2018 (SNN) – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa pihak polis telah mengenal pasti jenis senjata dan peluru yang digunakan dalam pembunuhan seorang pensyarah warganegara Palestin, Dr Fadi al-Batas, 35.

Menurut beliau, pihak polis berjaya mengesan individu yang menyewakan motorsikal yang ditunggangi oleh kedua-dua suspek utama untuk melakukan pembunuhan.

Kita masih belum menerima laporan tersebut, tetapi kita telah memperolehi petunjuk baharu termasuk jenis senajata dan peluru yang digunakan oleh suspek. Kami berharap Jabatan Siasatan Jenayah akan terus melakukan penyiasatan hingga tertangkapnya dua suspek utama – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penemuan ini dijangka membawa kepada petunjuk-petunjuk baharu.

Beliau mengesahkan perkembangan terbaharu berkenaan ketika berucap dihadapan khalayak dalam majlis anjuran Kementerian Komunikasi dan Media di Kampung Pasang Api, Bagan Datuk.

Mangsa ditembak ketika berjalan untuk menunaikan solat Subuh.

Mangsa, Dr Fadi al-Batash, berumur 35 tahun telah ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal berkuasa tinggi di Kondominium Idaman Puteri, Setapak kira-kira jam 6 pagi pada 21 April lepas. 10 das tembakan telah dilepaskan oleh pembunuh dengan 4 kesan tembakan utama dikesan pada badan mangsa bersama2 kelonsong peluru ditempat kejadian. Beliau merupakan pensyarah kanan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam bidang kejuruteraan eletrik dikebumikan di Gaza Palestin pada 28 April yang lalu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here