More
    Home Abang Johari: Kesaksamaan untuk semua

    Abang Johari: Kesaksamaan untuk semua

    MIRI, 2 Mei 2018 (SNN) – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Openg, telah memberi jaminan bahawa kerajaan negeri sentiasa meletakkan kesaksamaan pemberian hak kepada setiap anak tempatan.

    Saya adalah Ketua Menteri bagi Iban, Bidayuh, Cina Melayu Melanau, Orang Ulu dan kaum-kaum yang lain. Ini adalah saya, dan saya mesti berlaku adil – Abang Jo.

    Beliau pada itu juga berkata, seluruh ahli kabinet kerajaan negeri Sarawak harus mesmastikan setiap keputusan diputuskan dengan mengambil kira kepentingan seluruh kaum di Sarawak. “Saya tidak kisah selagi mana Sarawak terus menjadi negeri yang aman” ujarnya lagi.

    Abang Johari (keempat daripada kiri) bersama sama dengan together with (daripada kiri) YB Talip Zulpilip, Datuk Amar Awang Tengah, Tan Sri Datuk Amar Morshidi, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Dr Chan, dan isteri Datin Patinggi Puan Sri Datuk Lorna Enan Muloon, bersama kenamaan lain mengibarkan bendera Sarawak.

    Menurutnya lagi, kerajaan pimpinan beliau mempunyai hasrat tinggi untuk menjadikan Sarawak bertambah maju dalam setiap aspek, terutama kemajuan daripada aspek pendapatan kerajaan negeri. Pembanggunan pesat yang dirasai di Sarawak merupakan suatu perubahan yang perlu disyukuri oleh kalangan rakyat. Tegas beliau, kemajuan dan kemakmuran yang dinikmatioleh penduduk di negeri Sarawak adalah hasil daripada urus tadbir kerajaan yang berkesan daripada segi perancangan dan pentadbiran.

    Tambah beliau, pencalonan 6 muka-muka baharu dalam PRU-14 merupakan contoh terbaik ditunjukkan parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB). Beliau turut merakamkan penghargaan kepada 6 ADUN terdahulu yang memberikan ruang kepada pencalonan muka-muka baharu termasuk di kerusi Parlimen Sibuti.

    Barisan Nasional mencalonkan muka baharu, Lukanisman Awang Sauni, mengantikan Datuk Ahmad Lai Bujang yang dilaporkan menarik diri daripada pencalonan kerana masalah kesihatan. Dalam ucapananya, Abang Johari turut yakin bahawa calon baharu bagi Parlimen SIbuti dapat bekerjasama dengan ADUN Lambir YB Ripin Lamat dan ADUN Bekenu,YB Rosey Yunus yang juga Menteri Wanita Keluarga dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

    Beliau berucap ketika merasmikan program Senada Sibuti 2018 yang dihadiri kira-kira 3000 orang di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) semalam. Turut hadir bersama ialah isteri Ketua Menteri, Dating Patinggi Datuk Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, mantan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Menteri Pelancongan, Budaya, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Intergriti dan Ombusmen) Datuk Talib Zulpilip, ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dan Setiausaha Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...