SARIKEI, 23 OGOS 2020 (SNN) : Pembinaan Jambatan Sungai Paloh bakal melengkapkan jaringan jalan pesisir pantai Sarawak.
Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Datuk Julaihi Narawi berkata, kerja-kerja pembinaan jambatan sudahpun bermula sejak tahun lepas namun tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun ini akbiat penularan wabak Covid-19.
“Jambatan Sungai Paloh ini menelan kos sebanyak RM299 juta dan pembinaannya bermula dari tahun lepas lagi.
“Siapnya jambatan ini kelak yang panjangnya kira-kira 1.7 kilometer akan menghubungkan Pulau Bruit dengan Tanjung Manis bagi menggantikan kemudahan feri Serdeng/Pulau Bruit,” katanya ketika dihubungi pihak media pada Jumaat.
Sementara itu, Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Paloh telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Sabtu di kawasan Bahagian Mukah.
Tambahnya lagi, pembinaan ini ada dua tapak satu di bahagian Tanjung Manis dan satu lagi di Pulau Bruit. Oleh itu, majlis pecah tanah dilakukan di kawasan Bruit dengan mematuhi segala SOP atau norma-norma baharu.-Nizal.