More
    Home Sarawak Kapit Pelaksanaan Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar bertujuan memenuhi keperluan elektrik kawasan luar...

    Pelaksanaan Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar bertujuan memenuhi keperluan elektrik kawasan luar bandar dan pedalaman-Julaihi

    KAPIT, 24 OGOS 2023 (SNN): Pelaksanaan projek pengembangan grid elektrik memainkan peranan penting dalam memperkasakan infrastruktur untuk sektor pendidikan, kesihatan dan aktiviti ekonomi setempat.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, ini bukan sahaja akan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat tempatan, malah dapat mencipta peluang baru untuk kemajuan sektor perniagaan.

    Jelasnya, projek pengembangan Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) boleh membekalkan tenaga elektrik yang lebih stabil untuk memenuhi keperluan kampung-kampung di daerah Song.

    “Langkah ini sejajar dengan usaha kami untuk mengurangkan kesan karbon alam sekitar, terutamanya dengan pengurangan penggunaan penjana diesel. Sejak pelaksanaan projek RES pada tahun 2021, sebanyak 286 keluarga dari 11 kampung di kawasan Song terus menikmati tenaga elektrik yang stabil dan berpatutan untuk keperluan harian mereka.

    “Kejayaan pelaksanaan inisiatif RES ini adalah bukti kerjasama erat antara komuniti setempat, Sarawak Energy dan Kementerian kami,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES), di Rumah Saminggat, Ulu Sungai Lajan pada Selasa.

    Tuai Rumah (TR) Rumah Saminggat menyampaikan cenderamata kepada Datuk Julaihi sebagai tanda kenang-kenangan-Foto Julaihi Narawi

    Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa projek ini tidak kurang cabarannya, terutamanya dengan bukit-bukau dan dataran tinggi yang meliputi sebahagian besar daripada struktur muka bumi di kawasan Song.

    Katanya, keadaan ini menjadi faktor utama yang menyebabkan kesukaran dalam pembinaan grid elektrik ini.

    “Walau bagaimanapun, saya amat kagum dengan Sarawak Energy dan kontraktor mereka kerana berjaya menangani segala rintangan.

    “Segala ilmu dan pengalaman yang kita telah perolehi daripada projek ini merupakan aset yang tidak ternilai untuk pembangunan berterusan di daerah Song serta kawasan-kawasan luar bandar lain di Sarawak.

    “Saya berharap kita dapat terus bekerjasama erat dalam usaha kita menuju ke arah bekalan elektrik penuh,” tambahnya.

    Pada majlis yang sama, Datuk Julaihi turut mengumumkan pemberian geran sebanyak RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Saminggat.

    Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Katibas, Lidam Assan turut mengagihkan sumbangan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5000 kepada JKKK Rumah Saminggat.

    Manakala Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat juga menyampaikan sumbangan MRP RM10,000 kepada JKKK Rumah Saminggat.

    Hadir sama adalah Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Sarawak; Adiman Ajem, Naib Presiden Bahagian Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak Energy Berhad; Dr. Chen Shiun serta tetamu lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...