More
    Home Sarawak Betong Pelajar Cemerlang UPSR DUN Kabong Terima Insentif Tunai

    Pelajar Cemerlang UPSR DUN Kabong Terima Insentif Tunai

    Kabong, 09 Januari 2020 (SNN) : Pelajar cemerlang yang mendapat keputusan baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2019 untuk DUN Kabong telah menerima hadiah galakan daripada ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir pada Majlis Penyampaian Insentif UPSR Tahun 2019 baru-baru ini.

    Pada majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri  N.40 Kabong, Mohd Chee Kadir  telah menyampaikan insentif kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun 2019 bagi DUN Kabong.

    Seramai 2 orang pelajar yang mendapat keputusan 6A telah hadir menerima insentif masing-masing bersama ibu bapa mereka iaitu insentif wang tunai berjumlah  RM1000. Kedua-dua pelajar yang mendapat 6A tersebut adalah dari SK Kampung Emplam dan SK Abang Leman Kabong,

    Sementara itu 6 orang pelajar yang mendapat keputusan 5A turut mendapat penghargaan di mana mereka masing-masing menerima RM500. Para pelajar ini dari pelbagai sekolah di DUN Kabong iaitu SK To’Eman Nyabor, SK Abang Moh Sessang, SJK Chuang Hua Roban dan SK Abang Leman Kabong.

    Seterusnya seramai 4 orang pelajar dari SK Kampung Emplam, SK Abang Moh Sessang dan SK Abang Leman Kabong  yang mendapat keputusan 4A  juga turut masing-masing menerima RM300 pada majlis berkenaan.

    Pada majlis berkenaan Mohd Chee Kadir merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di DUN Kabong yang telah menerima keputusan masing-masing dan berharap pelajar terlibat akan terus menggandakan usaha untuk terus berjaya di sekolah menengah pada tahun 2020.

    Seterusnya Mohd Chee Kadir berkata majlis penghargaan sebegini penting bagi memberi penghargaan dan galakan kepada murid-murid yang cemerlang dan berpotensi dalam bidang akademik.

    Pada majlis yang sama Mohd Chee turut menyampaikan sumbangan kepada PIBG SK St Paul Roban dan Jawatankuasa Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat. 

    Antara pelajar yang menerima insentif pada Majlis Penyampaian Insentif UPSR Tahun 2019 DUN Kabong
    Antara sebahagian tetamu, ibu bapa dan pelajar yang hadir pada Majlis Penyampaian Insentif UPSR Tahun 2019 DUN Kabong

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...