More
    Home Sarawak Sarikei Pelabuhan Tanjung Manis berpotensi mainkan peranan pembangunan kawasan Wilayah Tengah Sarawak

    Pelabuhan Tanjung Manis berpotensi mainkan peranan pembangunan kawasan Wilayah Tengah Sarawak

    TANJUNG MANIS, 05 DISEMBER 2020 (SNN) : Pelabuhan kargo di kawasan Tanjung Manis berpotensi untuk memainkan peranan dalam pembangunan di kawasan Wilayah Tengah Sarawak pada masa akan datang.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk KJulaihi Narawi berkata, Pelabuhan Tanjung Manis mampu mengendalikan sehingga 5.8 juta tan kargo termasuk 230,000 TEU kontena setiap tahun.

    “Kita yakin Pelabuhan Tanjung Manis mampu memainkan peranan sebagai pintu masuk ke kawasan wilayah tengah, selain pelabuhan lain yang turut berada di kawasan sekitarnya.

    “Sehingga Oktober 2020 lalu Pelabuhan Tanjung Manis telah mengendalikan lebih 1.48 juta tan kargo berbanding 1.97 juta tan pada tahun 2019 dalam tempoh yang sama,” katanya ketika dalam lawatan ke Pelabuhan Tanjung Manis pada Khamis.

    Ujar beliau, dengan adanya pelabuhan ini diharapkan agar dapat membantu memainkan peranan dalam membangunkan kawasan wilayah tengah iaitu sebagai hub untuk membekalkan sumber-sumber pembangunan.

    Sekitar perjumpaan bersama Ahli Lembaga Pelabuhan pada Khamis

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...