Pasukan UNTAN Raih Kejuaraan Berganda Gelaran ‘Raja Tasik Dragon Boat’ Sempena UNIMAS International Regatta 2019

0
311
Dato Hj Idris Hj Buang bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang sempena UNIMAS International Regatta 2019 yang telah diadakan di Tasik UNIMAS, Kota Samarahan baru-baru ini.

Kota Samarahan, 23 Oktober 2019 (SNN) : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan UNIMAS International Regatta 2019 pada 19-20 Oktober 2019 bertempat di Tasik UNIMAS, Kota Samarahan. Kejohanan ini merupakan penganjuran peringkat antarabangsa yang berjaya menarik lebih 150 orang peserta.

Secara keseluruhan sebanyak enam pasukan telah mengambil bahagian dalam acara ini. Universiti Tanjung Pura (UNTAN), Indonesia membuktikan kehebatan mereka apabila berjaya meraih gelaran berganda ‘Raja Tasik Dragon Boat’ acara perahu naga peringkat akhir sempena UNIMAS International Regatta 2019 dengan menjuarai Kategori Perahu Naga Lelaki dan Kategori Perahu Naga Campuran.

Pengarah Pusat Sukan UNIMAS, Prof Dr Azhaili bin Baharun merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana UNIMAS International Regatta 2019 berkata, kita yakin kejohanan yang julung kali dianjurkan ini merupakan titik permulaan untuk penganjuran berskala besar pada tahun depan. Beliau turut amat berharap agar lebih banyak IPT dan IPTS di Malaysia akan menyertai kejohanan ini nanti. UNIMAS juga berhasrat meluaskan jemputan penyertaan universiti dari Singapura, Thailand, Filipina dan Australia.

Kejohanan tahun ini menyaksikan penyertaan pasukan dari negara jiran iaitu Universiti Tanjung Pura (UNTAN), Indonesia dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) turut menyertai kejohanan ini selain pasukan Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL), Universiti Teknologi MARA Sarawak (UiTM) dan Sarawak Sports Corporation (SSC). Beliau menambah, “kita mempunyai salah satu tasik buatan manusia yang paling indah, jadi kita mahu ia menjadi tarikan bagi penganjuran pelbagai sukan air oleh universiti dan jabatan luar”.

Beliau berterima kasih kepada semua yang terlibat terutama pasukan yang menyertai, penaja, staf yang bertugas, pegawai teknikal jemputan dan sukarelawan di atas usaha dan bantuan bagi menjayakan acara tersebut. Perlumbaan yang paling menarik adalah perlumbaan Kategori Perahu Naga Lelaki dan Perahu Naga Campuran, menyaksikan saingan sengit di antara pasukan UNIMAS dan pasukan UNTAN.

Universiti Tanjung Pura (UNTAN), Indonesia juara acara perahu naga sempena UNIMAS International Regatta 2019 dengan menjuarai Kategori Perahu Naga Lelaki dan Kategori Perahu Naga Campuran.
 
Dato Hj Idris Buang (kiri) menyampaikan hadiah kepada Juara Perahu Naga Lelaki, Pasukan UNTAN

Pasukan UNTAN terus gah mengocak Tasik UNIMAS untuk menjuarai Kategori Perahu Naga Lelaki memecut ke garisan penamat. Bagi Kategori Perahu Naga Campuran pula yang sebelum ini dikuasai oleh pasukan UNIMAS di peringkat ujian masa, pada peringkat akhir pemenang terpaksa diputuskan melalui photo finish yang menyaksikan pasukan UNTAN

mendahului mencecah garisan penamat beberapa saat di depan pasukan UNIMAS. Tempat ketiga bagi kedua-dua kategori perahu naga telah dimenangi oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Turut mencuri tumpuan dalam acara perahu naga adalah pasukan UiTM. Walaupun menduduki tempat ke-4 dalam kedua-dua acara perahu naga, tetapi peningkatan prestasi dan semangat pantang mengalah menyaksikan pasukan UiTM tidak memberi laluan mudah kepada pasukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dalam perebutan tempat ke-3.

Dalam acara kayak, UNIMAS tetap berbangga apabila berjaya meraih 6 emas, 3 perak dan 1 gangsa daripada tujuh (7) acara kayak yang dipertandingkan. Kejohanan yang julung kali diadakan ini telah menarik penyertaan sebanyak empat (4) pasukan kategori perahu naga iaitu Universiti Tanjung Pura (UNTAN) Indonesia, Univsersiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Mara (UiTM Sarawak) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Manakala bagi acara kayak pula telah disertai oleh pasukan Universiti Tanjung Pura (UNTAN) Indonesia, Universiti Teknologi Mara (UiTM Sarawak), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) dan Sarawak Sports Corporation (SSC).

Jason Kho pegawai teknikal yang dijemput khas dari Singapura berkata, “UNIMAS amat bertuah memiliki tasik yang besar dan luas. Pelbagai aktiviti sukan air boleh diadakan sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sekiranya UNIMAS berhasrat untuk menganjurkan lagi perlumbaan ini pada tahun hadapan, pihak beliau akan membantu untuk mempromosikan kejohanan ini dan menarik penyertaan universiti-universiti di Singapura untuk datang ke UNIMAS”.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Hj Idris Hj Buang, ADUN N16 Muara Tuang. Turut hadir adalah Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Kamarullah S.H.M Hum, Pembina Utama Madya wakil Rektor Bidang Kemahasiswaan dan Alumni Universiti Tanjung Pura, Cikgu Mohammad Ali Sabri bin Hj Abang, Pegawai kontinjen Universiti Brunei Darussalam, Prof. Dr Azhaili Baharun Pengarah Pusat Sukan UNIMAS, Dato Rozalix serta pegawai teknikal jemputan dari Singapura iaitu Encik Calvan See dan Jason Kho.

UNIMAS mendapat tempat kedua bagi acara perahu naga sempena UNIMAS International Regatta 2019 
 
Acara  perahu naga
Acara kayak
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here