More
    Home Sarawak Betong Pasukan Bomba Sukarela ditubuh untuk siapsiaga sebarang kemungkinan musibah-ADUN Kabong

    Pasukan Bomba Sukarela ditubuh untuk siapsiaga sebarang kemungkinan musibah-ADUN Kabong

    KABONG, 19 MAC 2021 (SNN) : Pertubuhan Persatuan Bomba Sukarela (PBS) akan direalisasikan di kawasan Kabong bagi membantu sekiranya berlaku sebarang kecemasan di kawasan berkenaan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir semasa mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela Kabong pada Khamis berkata, penubuhan itu dilakukan kerana Daerah Kabong masih dalam perancangan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).

    “Sementara menunggu projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kabong, kita akan menubuhkan satu pasukan PBSK yang akan berfungsi sebagai pembantu pada peringkat awal sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau bencana seperti kemalangan jalan raya, lemas, kebakaran dan lain-lain sementara menunggu ketibaan pihak Bomba atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

    Jelasnya, hasil daripada mesyuarat berkenaan ahli mesyuarat bersetuju untuk melantik Ketua Kampung Mollyady Sapali sebagai Ketua PBSK.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...