More
    Home Sarawak Limbang Padah melempar kucing dalam aplikasi TikTok seorang remaja ditahan polis

    Padah melempar kucing dalam aplikasi TikTok seorang remaja ditahan polis

    LAWAS, 08 DISEMBER 2020 (SNN) : Tindakan seorang remaja melempar seekor kucing yang tular di laman aplikasi TikTok baru-baru ini membawa kepada penangkapan remaja berkenaan selepas menerima aduan daripada Persatuan Haiwan Malaysia (PHM).

    Pada Sabtu lalu tular satu klip video memaparkan seorang remaja melempar kucing yang dianggap sebagai satu penganiayaan kepada haiwan dan menimbulkan rasa tidak puas hati setiap orang yang melihatnya.

    Ekoran daripada itu, pihak polis Lawas telah menangkap seorang remaja berusia 19 tahun beralamat di Kampung Aru Baru atas maklumat yang disalurkan oleh orang ramai.

    Semasa penahanan dilakukan pada pagi Isnin sekitar jam 9.00 pagi remaja terbabit dilaporkan normal dan tindakan dia dikategorikan sebagai permulaan kepada penzaliman awal terhadap haiwan.

    Penangkapan pelaku terbabit membawa kelegaan terhadap semua pencinta haiwan sekaligus memberikan keadilan kepada haiwan yang dianiaya.

    Suspek diberkas di kediamannya pada Isnin.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...