More
    Home Nasib lima sekeluarga mangsa kebakaran mendapat perhatian ADUN Pantai Damai

    Nasib lima sekeluarga mangsa kebakaran mendapat perhatian ADUN Pantai Damai

    KUCHING, 15 NOVEMBER 2020 (SNN) : Semalam telah berlaku satu kebakaran yang melibatkan lima buah rumah di Kampung Bintawa Ulu yang mana telah memusnahkan keseluruhan struktur binaan rumah tersebut.

    Ekoran daripada kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi turun padang untuk melihat sendiri serta menghulurkan bantuan kepada 19 penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian itu.

    “Untuk sementara waktu kita akan mendapatkan tempat tinggal sementara untuk mangsa yang terlibat agar mereka sekurang-kurangnya mereka ada tempat untuk berteduh.

    “Bagi pertolongan jangka masa panjang, pihak kami melalui dana yang disediakan khas oleh kerajaan negeri iaitu di bawah dana rumah hangus Unit Penguatkuasaan Keselamatan Negeri, kita akan berusaha untuk membina semula rumah mangsa yang terbakar,” katanya ketika ditemui media di Kampung Bintawa Ulu, semalam.

    Tambah beliau, pihaknya mempertimbangkan cadangan untuk menempatkan mangsa di Projek Pembangunan Darul Hana Fasa Pertama sepertimana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bintawa Ulu.

    Ujarnya, cadangan itu akan dianjurkan kepada Ketua Menteri untuk mendapat kebenaran mengenainya.-Sumber Ukas.

    ADUN Pantai Damai melihat sendiri kawasan rumah yang terbakar pada pagi Sabtu lalu

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...