Muncul virus baharu selepas Covid-19 di China

0
282
Kerisauan saintis terhadap munculnya virus baharu di China

CHINA 1 JULAI 2020 (SNN) : Saintis China berjaya mengenal pasti satu virus baharu yang dipercayai berpotensi menjadi pandemik. Ia susulan penemuan pada dua individu yang dilaporkan dijangkiti virus itu baru-baru ini.

Menurut jurnal Proceedings of the National Academcy of Sciences (PNAS), virus yang diberi nama G4 EA H1N1 mirip selsema babi H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009. Setakat ini, vaksin tersedia ada tidak merangkumi virus baharu itu dan manusia didapati tidak mempunyai kekebalan terhadapnya.

“Adalah menjadi kebimbangan sekiranya jangkitan itu merebak dan meningkatkan risiko wabak. Pada masa yang sama, virus ini didapati boleh berjangkit daripada babi kepada manusia, menyebabkan jangkitan serius dan kemungkinan membawa maut,” tulis artikel itu.

Saintis berkata 10.4 peratus (35 daripada 338) pekerja di ladang babi itu telah diuji dan didapati mempunyai antibodi untuk virus tersebut. “Jangkitan seperti ini meningkatkan kemungkinan adaptasi virus itu dalam kalangan manusia, dan menimbulkan kebimbangan terhadap terjadinya pandemik,” kata para saintis.

Justeru, walaupun tidak diketahui tahap bahaya atau apakah ia boleh merebak seperti virus SARS-coV-2 penyebab covid-19, para penyelidik memberi amaran virus ini perlu diberi perhatian. -Sumber Astro Awani( Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia). Dilaporkan oleh Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here