Muhasabah diri dan patuhi SOP demi keselamatan bersama-Ketua Menteri

0
24
Ucapan dari Ketua Menteri dan isteri. Gambar Ukas

KUCHING 30 JULAI 2020 (SNN) : Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menyeru umat Islam dan masyarakat di Sarawak untuk bermuhasabah diri dengan menjadikan peristiwa Nabi Ibrahim A.S sebagai petunjuk serta meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.

“Sempena Aidiladha ini marilah bersama-sama menyelusuri sirah Nabi Ibrahim yang jelas ketika baginda ikhlas mengorbankan puteranya Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T yang kemudiannya disusuli dengan bantuan dan pertolonganNya. Sesuai dengan firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 207 yang bermaksud: ” Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah S.W.T., dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.” katanya dalam Perutusan Sempena Hari Raya Aidiladha 2020/1441H pada Khamis.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut meminta masyarakat di negeri ini terutama di kawasan Zon Merah untuk mengikuti setiap sekatan dan protokol yang dikenakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Tambahnya, beliau turut menasihati agar jangan bersikap ambil mudah terhadap SOP yang dikuatkuasakan kerana kita perlu mengorbankan segala keselesaan kehidupan yang biasa kita nikmati demi keselamatan dari ancaman Covid-19.

Beliau turut berpesan kepada mereka yang berada di kawasan Zon Hijau agar turut mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kawasan itu kekal hijau.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here