More
    Home MIS benarkan aktiviti ziarah pusara diseluruh Sarawak mengikut SOP ketat

    MIS benarkan aktiviti ziarah pusara diseluruh Sarawak mengikut SOP ketat

    KUCHING, 08 APRIL 2021 (SNN) : Majlis Islam Sarawak (MIS) pada hari ini memutuskan untuk membenarkan umat Islam di seluruh negeri Sarawak bagi aktiviti menziarahi pusara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa.

    Menerusi satu kenyataan media, MIS mengeluarkan beberapa garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap umat Islam di negeri ini bagi memastikan tidak berlaku kesesakan atau perkumpulan beramai-ramai yang memungkinkan boleh berlakunya penularan wabak Covid-19.

    Jelasnya, arahan berkenaan adalah berkuatkuasa bermula 9 April 2021 sehingga mana-mana arahan terbaharu dikeluarkan oleh Majlis Islam Sarawak berkaitan dengan usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...