More
    Home Sarawak Betong MIS arah tutup sementara masjid dan surau di Daerah Kecil Kabong berikutan...

    MIS arah tutup sementara masjid dan surau di Daerah Kecil Kabong berikutan peningkatan kes Covid-19

    KUCHING, 14 APRIL 2021 (SNN) : Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam satu kenyataan hari ini mengarahkan agar menutup sementara semua masjid dan surau di daerah kecil Kabong untuk aktiviti keagamaan berikutan terdapat kes positif covid-19 di kawasan itu.

    Arahan penutupan itu dibuat bagi memberi ruang untuk tujuan kerja-kerja sanitasi sehingga selesai dalam memastikan jemaah dan penduduk kampung bebas dari jangkitan wabak berkenaan.

    Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir dalam satu kenyataan rasmi menyeru agar warga Kabong terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memutuskan rangkaian wabak Covid-19 berikutan terdapat lima kes positif dilaporkan di Kabong dalam tempoh 14 hari. Beliau menasihatkan agar individu yang mempunyai gejala diminta untuk menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Kabong.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...