More
    Home Malaysia Menteri Utiliti dan Telekomunikasi sempurnakan Majlis Qurban peringkat DUN Sebuyau

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi sempurnakan Majlis Qurban peringkat DUN Sebuyau

    SEBUYAU, 12 JULAI 2022 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan hadir bersama penduduk kawasan Sebuyau bagi menyempurnakan Majlis Ibadah Qurban peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau sempena Hari Raya Aidil Adha 1443H/2022M di sini pada Isnin.

    Majlis ibadah qurban itu dikendalikan oleh Jawatankuasa Ibadah Qurban kawasan Sebuyau dengan kerjasama daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Bahagian Samarahan, Jawatankuasa Masjid-Masjid dan Surau-Surau Kawasan Sebuyau serta Pejabat Daerah Sebuyau.

    Datuk Julaihi berpeluang melakukan aktiviti melapah daging qurban di perkarangan Masjid Baharu Sebuyau.

    Datuk Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut berpeluang melakukan aktiviti melapah daging qruban dan kemudiannya menyerahkan agihan daging qurban kepada masyarakat sekitar Sebuyau.

    Turut hadir bersama beliau adalah Residen Samarahan; Tuan Ibrahim Lumpu, Pegawai Daerah Sebuyau; En Jerry Zainuddin bin Bidin, Pegawai Tadbir Sebuyau; Ajis Ahmad dan para pemimpin tempatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TYT attends Sarawak Hijrah year-end, new year prayer ceremony in Miri

    0
    MIRI (June 17): The Yang di-Pertua Negeri of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, accompanied by his wife, Toh Puan Datuk...