TANJUNG MANIS, 27 OKTOBER 2020 (SNN) : Seorang nelayan dari Kampung Rajang, Sungai Sabut menjumpai mayat lelaki yang terapung di pantai sungai berkenaan pada 24 Oktober lalu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Tanjung Manis sekitar jam 8.43 pagi berhubung insiden penemuan mayat oleh seorang nelayan terbabit.
“Enam orang anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengambil mayat yang dilaporkan terdampar di pantai.
“Setibanya di Kampung Rajang, dua anggota bomba dan seorang anggota polis bersama-sama dengan pengadu terbabit bergegas ke lokasi kejadian menggunakan bot nelayan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya, mayat lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.