More
    Home Sarawak Samarahan Masyarakat Pesisir Pekan Sebangan Bersemangat Sambut Maulidurasul 1440H

    Masyarakat Pesisir Pekan Sebangan Bersemangat Sambut Maulidurasul 1440H

    Sebuyau (SNN) – MASYARAKAT PESISIR DI PEKAN SEBANGAN Daerah Kecil Sebuyau telah menunjukkan semangat dan kesungguhan masyarakat pesisir untuk turut merayakan Sambutan Maulidurasul pada 12 Rabiul Awal 1440H bersamaan 20 November 2018.  Ciri-ciri kebudayaan Melayu lama dalam bentuk perahu dalam perarakan telah menarik perhatian orang ramai.  Perarakan ini telah disertai oleh masyarakat Melayu dan Muslim serta murid sekolah.

    Perarakan berbentuk perahu yang merupakan budaya lama Melayu

    Sambutan Maulidurasul di Pekan Sebuyau ini telah dirasmikian oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Julaihi Narawi, Menteri Muda Jalan Pesisir dan Ahli DUN N27. Sebuyau.  Turut hadir dalam majlis ini adalah Hj. Hamsen Hj. Atar, Pegawai Tadbir Bahagian Samarahan sebagai Wakil Residen; Pegawai Tabdir Sarawak di Sebuyau Ajis Ahmad; Cikgu Kasturi Bin Pundu, Ketua Zon Sekolah Rendah Zon Sebangan/Guru Besar SK Segali dan Cikgu Zainal Bin Kuching/Guru Besar SK Hj Bujang Sebangan.

    Julaihi sedang menyampaikan ucapan perasmian

    Di dalam ucapan perasmiannya, Julaihi telah menyeru semua lapisan masyarakat mencontohi Nabi Muhamad SAW sebagai pemimpin, suami, sahabat dan pejuang berlandaskan akhlak yang sempurna.  Beliau berkata, “Hasil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbanan sahabat-sahabat Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan islam pada hari ini.  Oleh yang demikian, setiap tahun kita akan menyambut Maulidur Rasul bagi mengingati pengorbanan Rasulullah SAW.”

    Julaihi menyampaikan hadiah pendidikan cemerlang kepada seorang murid.

    Beberapa acara tambahan telah juga dianjurkan semasa Sambutan Maulidurasul di Pekan Sebangan ini.  Selain acara utama pertandingan sepanduk, penyampaian hadiah pendidikan cemerlang telah diadakan.  Pertandingan sepanduk telah dimenangi oleh pasukan PIBG Sekolah Kebangsaan Tungkah yang menerima wang tunai RM1,200.  Bagi hadiah pendidikan cemerlang pula seramai 14 orang murid menerima hadiah masing-masing.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...