Kualiti sesebuah kampung dan taman perumahan turut terletak pada peranan JKKK-ADUN Demak Laut

0
172
ADUN Demak Laut bersama wakil dan ketua kampung hadir bagi menerima dan menyerahkan dana tahunan kampung

KUCHING,14 JULAI 2020 (SNN): Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) harus meningkatkan kualiti pengurusan secara sistematik bagi memastikan sistem urus tadbir kampung dan taman perumahan berjalan dengan teratur dan berkualiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni berkata, JKKK adalah sebuah badan penting dan berpengaruh di peringkat kampung atau taman perumahan kerana sebarang permasalahan yang berlaku di kawasan itu adalah dikendalikan pada peringkat awal oleh pihak JKKK. Jika gagal pengurusannya maka gagal juga untuk mengatasi masalah yang timbul.

“Selain mengurus tadbir kampung, JKKK turut berperanan dalam memastikan keselamatan kampung dan taman perumahan terjamin,” tambahnya ketika ditemui dalam lawatan Penyerahan Dana Tahunan JKKK di Kampung Pinggan Jaya baru-baru ini.

Gambar: ADUN Demak Laut (kanan) menyerahkan Dana Tahunan JKKK kepada ketua kampung.

Sementara itu, Ketua Kampung Pinggan Jaya Mat Yahya Jalani ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada ADUN Demak Laut diatas penyerahan Dana Tahunan JKKK kerana ia amat penting bagi keperluan masyarakat kampung dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan.-Sumber Ukas.Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here