More
    Home Kontraktor Petronas di Sarawak maut

    Kontraktor Petronas di Sarawak maut

    KUALA LUMPUR, 03 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Anak Syarikat Petrolium Nasional Berhad(Petronas) Malaysia LNG sdn Bhd mengesahkan seorang kontraktor Petronas disahkan meninggal dunia manakala rakannya seorang lagi cedera.

    Petronas dalam satu kenyataan, kejadian yang berlaku di kompleks LNG Petronas Sarawak itu kira-kira pada jam 2 petang pada Isnin telah melibatkan dua orang kontraktor selepas terperangkap di kemudahan pembuangan longkang unit penyingkiran gas asid Petronas LNG Complex yang kini masih dalam proses penyelenggaraan.

    “Kedua-dua kontraktor itu telah dihantar ke hospital di mana telah dusahkan salah seorang darinya meninggal dunia, sementara seorang lagi masih menerima rawatan perubatan.

    Seorang disahkan maut manakala seorang lagi masih menerima rawatan

    “Siasatan sedang dilakukan dan semua pihak berwajib telah diberitahu mengenai kejadian itu sementara Petronas belum lagi menyatakan punca kejadian sebenarnya,” kata satu pernyataan.

    Operasi Kompleks LNG Petronas tetap tidak memberi kesan dan maklumat berhubung kejadian akan diberitahu pada waktu akan datang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Masih banyak kekosongan guru di Sarawak walaupun sesi pengambilan Guru Khas...

    0
    KCHING, 12 FEBRUARI 2025 (SNN): Masih terdapat banyak kekosongan untuk jawatan guru di Sarawak meskipun sesi pengambilan guru khas Sarawak baru-baru ini hampir selesai,...