More
    Home Keresahan penduduk Kampung Batu 1 Baram akan berakhir siapnya Projek Pengawal Hakisan...

    Keresahan penduduk Kampung Batu 1 Baram akan berakhir siapnya Projek Pengawal Hakisan Pantai

    MIRI, 05 NOVEMBER 2020 (SNN) : Projek Pengawal Hakisan Pantai di Kampung Batu 1 Kuala Baram, Miri yang dijangka siap pada pertengahan November 2022 akan memberi kelegaan kepada penduduk yang diancam hakisan dikawasan itu.

    Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin berkata, projek tersebut telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan kos peruntukan sebanyak RM25 juta.

    “Pembinaan itu nanti akan melibatkan kajian pemodelan hidraulik, kajian ombak, reka bentuk menyeluruh dan kerja-kerja penyeliaan projek.

    “Disamping itu, pembinaan benteng pemecah ombak 200 meter di luar persisir pantai, lima groin dan tanjakan konkrit yang mampu menampung lebih 100 buah bot turut dilaksanakan yang akan memberi manfaat kepada nelayan di kawasan itu,” katanya ketika hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pasar Nelayan, Kampung Batu 1, Kuala Baram, Miri, hari ini.

    Tambah beliau, adanya sturktur pembinaan ini akan mampu mengurangkan hakisan pantai dan masalah banjir yang sering melanda kawasan itu.

    Pelan projek pengawal hakisan pantai Kampung Batu 1 Baram

    Projek yang mengambil masa 24 bulan itu telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak Datu Chok Moi Soon dan diserahkan kepada Pengarah Mechunma Sdn Bhd Suzie Raniah Ra’ee iaitu kontaktor yang bertanggungjawab menjalankan projek itu.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...