More
    Home Sarawak Betong Kerajaan Sarawak Komited Naiktaraf Kemudahan Sekolah

    Kerajaan Sarawak Komited Naiktaraf Kemudahan Sekolah

    Kabong, 17 April 2019 (SNN)- Kerajaan Sarawak komited untuk menaiktaraf kemudahan sekolah daif dan sekolah luar bandar di Sarawak.”Kita gembira Kerajaan Sarawak memberi perhatian dengan menyalurkan pelbagai peruntukan bagi tujuan untuk menaik taraf prasarana sekolah, terutamanya sekolah daif dan sekolah luar bandar”.

    “Peruntukan ini diharap dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah luar bandar sekali gus merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar,” demikian menurut Yang Berhormat Encik Mohd Chee Kadir (ADUN N. 40 Kabong) pada Majlis Randau Guru Besar Bersama Ibu Bapa SK Abang Leman, Kabong di Dataran RMT, SK Abang Leman, Kabong semalam.

    Pada majlis ini juga, Chee Kadir turut menyampaikan cek kepada PIBG SK Abang Leman, Kabong bagi tujuan membeli buku untuk kelas intensif petang, bagi murid tahun 6 sesi persekolahan 2019. Cek tersebut diserahkan kepada Yang Dipertua PIBG SK Abang Leman, Johan Haji Rahman.

    Chee Kadir menyerahkan sumbangan 10 unit kipas tambahan untuk kegunaan asrama
    SK Abang Leman, Kabong

    Chee Kadir turut mengumumkan tawaran insentif pemberian hadiah wang tunai sebanyak RM1000 bagi calon yang berjaya memperoleh kelulusan penuh 6A dalam ujian UPSR sebagaimana yang telah dilaksanakan bermula pada tahun lalu.Para pelajar yang bakal menduduki UPSR turut mendapat suntikan semangat apabila menerima bantuan kewangan untuk membeli buku kerja UPSR daripada beliau.

    Dalam majlis yang sama Chee Kadir turut menyerahkan 10 unit kipas tambahan untuk kegunaan asrama SK Abang Leman, Kabong. Chee Kadir yang hadir bersama isteri, Meryani Haji Yasin berharap dengan sumbangan dan insentif yang dijanjikan akan meningkatkan motivasi murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

    Turut hadir sama dalam Majlis Randau Bersama Ibu Bapa itu ialah Guru Besar SK Abang Leman Kabong, Haji Bujang Haji Lee, Penolong Kanan Pentadbiran, Fatimah Haji Bili dan ibu bapa pelajar.

    Sebahagian ibu bapa pelajar dan tetamu yang hadir pada Majlis Randau Guru Besar Bersama Ibu Bapa SK Abang Leman, Kabong di Dataran RMT, SK Abang Leman, Kabong semalam

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RM405 juta diperuntukan untuk meneruskan BKSS 5.0 bermula Januari hingga Jun...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Sebanyak RM405 juta peruntukan keseluruhan diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi meneruskan...