More
    Home Sarawak Sarikei Kanak-kanak hilang ketika mandi ditemui lemas

    Kanak-kanak hilang ketika mandi ditemui lemas

    SARIKEI, 25 DISEMBER 2020 (SNN) : Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi di sungai bersama rakan-rakannya di Nanga Ribong pada Rabu lalu ditemui mati lemas.

    Jurucakap Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.

    “Mangsa, Santa Anak Ngali, 12 tahun ditemui terdampar di tebing sungai oleh penduduk kampung pada jam 9.30 malam Rabu.

    “Mayat mangsa telah dibawa ke rumah panjang sebelum disahkan oleh ahli keluarga mangsa dan pihak kami turut ke lokasi bagi mendapatkan maklumat mengenainya,” katanya dalam satu kenyataan.

    Terdahulu, mangsa bersama rakan-rakan sedang leka mandi di sungai berkenaan pada jam 5.00 petang sebelum dipercayai hilang oleh rakan mangsa.

    Pihak bomba turut ke rumanh mangsa bagi mendapatkan maklumat pengesahan identiti

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Datuk Sharifah Hasidah: Sarawak will continue MA63 push regardless of federal...

    0
    KUCHING (JUNE 13): Sarawak will continue to press ahead with its pursuit of rights under the Malaysia Agreement 1963 (MA63) regardless of political developments...