Corona Virus : Sarawak Sekat Kemasukan Warga China, Rakyat Sarawak di China Dibawa Pulang

0
198
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bertarikh 1 Februari 2020

Kuching, 01 Februari 2020 (SNN) : Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada hari ini, 1 Februari 2020 telah mengeluarkan arahan untuk melaksanakan sekatan ke atas rakyat negara China dan warga asing ( yang pernah ke China 14 hari sebelumnya) daripada memasuki Sarawak berkuatkuasa serta merta.  

Terdahulu sebelum itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu bagi mengekang penularan wabak novel koronavirus di Sarawak. Katanya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini wabak itu yang sudah merebak di kawasan lain di China.

“Sebagai langkah pencegahan, kita tidak akan membenarkan kemasukan warga China ke Sarawak ketika ini. Wabak ini tidak hanya berlaku di wilayah Hubei sekarang tetapi telah merebak di tempat lain di China,” katanya.

Dalam masa yang sama Sarawak akan membawa pulang pelajar rakyat Sarawak yang berada di China. Setakat ini, bilangan mereka yang terdapat di Wilayah tersebut belum diketahui.

“Kita tidak tahu bilangan tepat pelajar Sarawak di China, tetapi kita akan bekerjasama rapat dengan duta besar Malaysia di Beijing untuk memantau perkembangan mereka. Kita akan bawa balik pelajar kita yang ada di sana,” kata Abang Johari lagi.

“Mereka yang dibawa balik akan melalui proses kuarantin. Jabatan Kesihatan telah mengenalpasti satu tempat iaitu bangunan yang akan digunakan sebagai tempat kuarantin”, ujar Abang Johari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here