Jerebu di Sarawak, 298 Sekolah Ditutup

0
286
Jerebu di Sri Aman hari ini (Foto :Sekretariat Pengurusan Bencana Sarawak)

Kuching, 17 September 2019 (SNN)- Sejumlah 298 sekolah dengan 97 daripadanya berada di Sri Aman, ditutup hari ini, selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan melebihi 200.

Sekolah di Sri Aman paling teruk terjejas hari ini selepas kawasan itu mencatatkan bacaan berbahaya, 365, jam 8 pagi tadi.

Dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri berkata, penutupan berkenaan merangkumi 53 sekolah menengah dan 245 sekolah rendah. Sekolah yang ditutup membabitkan 85 di Kuching; 51 di Betong; 46 di Padawan; 44 di Bau; 41 di Sri Aman; 22 di Lundu; lima di Lubok Antu dan tiga di Samarahan.

Keseluruhannya, seramai 128,291 murid dan pelajar terjejas akibat penutupan ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan di Kuching, hari ini.

Berdasarkan kenyataan tersebut sebarang perubahan dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa. Pihak sekolah juga diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

Kualiti udara di Sri Aman mencapai tahap bahaya secara mendadak dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 352 pada 6 pagi dan meningkat kepada 365 dua jam kemudian berbanding 214 yang direkodkan pada 12 tengah malam, semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri berkata setakat 8 pagi, Kuching mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu 219, berbanding 215, dua jam sebelumnya.

Katanya lapan daerah kekal mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Samarahan (160), Sarikei (148), Sibu (166), Bintulu (129), Mukah (140), Samalaju (113), ILP Miri (107) dan Miri (126).

Sumber : SPBS, BH,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here