More
    Home Lain-lain Jenazah Tiga Pelajar Maut Dalam Nahas Dikebumi Bersama Dalam Satu Liang Lahat

    Jenazah Tiga Pelajar Maut Dalam Nahas Dikebumi Bersama Dalam Satu Liang Lahat

    KOTA TINGGI, 04 April 2019 (SNN) – Jenazah tiga pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim, Felda Lok Heng, Kota Tinggi yang maut dalam kemalangan jalan raya semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Felda Lok Heng, di sini.

    Jenazah Mohamad Noriman Bastaman, 17; Daing Muhammad Afeeq Mohd Afeeq-ur Rahman, 16; dan Muhamad Syafawi Zayadi, 17, selamat dikebumikan pada jam 12 tengah hari tadi. Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau sekolah mereka pada sebelah pagi dengan penyertaan kira-kira 1,000 orang. Solat jenazah tersebut diadakan selepas mendapat persetujuan keluarga semua mangsa.

    Atas usaha YB Rosleli dan pihak Hospital Kota Tinggi, urusan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah pelajar berkenaan juga dapat disempurnakan lebih awal dan semua jenazah sempat dibawa pulang ke rumah masing-masing di Felda Lok Heng.

    Kejadian kemalangan maut tersebut berlaku ketika semua mangsa bersama seorang guru mereka sedang dalam perjalanan pulang daripada menyertai aktiviti Pertandingan Petanque Peringkat Daerah di SMK Semenchu.

    Ketiga-tiga pelajar berkenaan dan seorang guru pengiring iaitu Cikgu Widyawati Simaran mewakili sekolah dalam Pertandingan Petanque Peringkat Daerah di sekolah terbabit.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, ketiga-tiga mangsa maut selepas kereta Proton Wira dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi di Simpang Lok Heng berdekatan Bandar Penawar di sini.

    Kemalangan turut menyebabkan Widyawati, yang bersama mereka cedera manakala pemandu Perodua Myvi, Naziha Aqmaliah Mazlan, 24, patah kaki dan kini sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi.

    Antara yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor, Aminolhuda Hassan; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Lama Rosleli Jahari; Pemangku Pengarah Pelajaran Johor, Azman Adnan dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohd Fadil Ishak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...