More
    Home Sarawak Bintulu Jambatan Jepak yang merentasi Kuala Kemena dijangka siap penghujung 2023 ini

    Jambatan Jepak yang merentasi Kuala Kemena dijangka siap penghujung 2023 ini

    BINTULU, 02 SEPTEMBER 2022 (SNN): Jambatan Bintulu-Jepak yang merentasi Kuala Kemena dijangka siap pada Disember tahun 2023.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, infrastruktur yang berkonsepkan jambatan ‘cable-stayed’ itu bakal menjadi satu lagi tarikan untuk bandar Bintulu.

    “Jambatan ini dijangka siap pada Disember 2023. Ia adalah jambatan ‘cable-stayed’ dan akan jadi satu tarikan untuk bandar Bintulu,’’ katanya dalam sidang media selepas melawat ke bangunan baharu SK Ulu Segan di sini pada Khamis.

    Premier Sarawak beserta rombongan melawat tapak pembinaan Jambatan Jepak, Bintulu.

    Difahamkan, jambatan itu bakal mengurangkan jarak perjalanan sebanyak 6.4km dari Lapangan Terbang Bintulu ke Bandar Bintulu.

    Ia juga akan menghubungkan semua kawasan Nod Pertumbuhan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) seperti Taman Perindustrian Samalaju, Taman Perindustrian Matadeng dan Bandar Pintar Mukah.

    Secara keseluruhannya, jambatan itu dijangka menaik taraf sosioekonomi penduduk Bintulu.

    Hadir sama dalam lawatan ke jambatan tersebut ialah dua Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak; Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek); Dato Gerawat Gala, Residen Bahagian Bintulu; Datu Jack Aman, dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak; Ir. Richard Tajan.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan pinda undang-undang berkaitan benarkan sektor swasta ambil bahagian dalam aktiviti...

    0
    KUCHING, 03 MEI 2024: Kerajaan Sarawak telah meminda undang-undang berkaitan bagi membenarkan sektor swasta mengambil bahagian dalam aktiviti penjanaan kuasa di negeri ini. Premier Sarawak,...