Isu kemiskinan bandar diberi perhatian

0
70
Fatimah dalam sidang media menjelaskan rangka pelan tindakan kemiskinan bandar

KUCHING 26 JUN 2020 (SNN) : Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak bersama agensi-agensi dan jabatan-jabatan lain telah mencadangkan struktur tadbir urus dalam Menangani Isu Kemiskinan Bandar (MIKB) di Sarawak.

Katanya dalam satu sidang media, mencadangkan Pelan Tindakan Kemiskinan Bandar melalui kaedah penyelidikan, database dan program intervensi oleh semua pemegang taruh (relevant stakeholders). Ujarnya lagi dalam sidang media, fasa pertama nanti akan memfokuskan empat bandar utama iaitu di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Katanya lagi, terdapat beberapa kerangka yang akan menjadi fokus dan strategi dalam menangani isu kemiskinan bandar di peringkat negeri, daerah, bahagian dan kampung. Langkah-langkah itu adalah bengkel menangani isu kemiskinan bandar di Sarawak pada Ogos 2020, membangunkan panduan dan pengurusan isu kemiskinan bandar (dengan SOP dari semua agensi dan juga rakan strategik), mewujudkan sekretariat tetap bagi MIKB dan menubuhkan tadbir urus peringkat negeri dan bahagian.

Gambar : Antara strategi program bagi menangani isu kemiskinan bandar

Turut hadir bersama, Setiausaha tetap KKPWK, Dr. Saadiah Haji Abdul Samat dan Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial KWKPK, Dr. Zufar Yadi Brendan Abdullah. -Sumber Ukas. Dilaporkan daripada Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here