More
    Home Israel Lancar Serangan Ke Utara Bandar Aleppo, Syria

    Israel Lancar Serangan Ke Utara Bandar Aleppo, Syria

    Damsyik – Syria, 28 Mac 2019 (SNN) – Israel, semalam melancarkan serangan pertama menyasarkan lokasi di bandar Aleppo beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan yang diduduki ketika Perang Enam Hari 1967.

    Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) memaklumkan sasaran serangan udara itu adalah depot senjata digunakan tentera Iran dan sekurang-kurangnya tujuh dilaporkan turut terbunuh dalam kejadian tersebut.

    Syria mendakwa tentera Israel menyerang beberapa kawasan yang disasarkan di bahagian utara bandar Aleppo. Kerajaan negara ini memaklumkan mereka juga menembak jatuh beberapa peluru berpandu milik tentera Israel.

    “Tentera udara Syria berjaya mematahkan serangan udara tentera Zionis yang menyasarkan sejumlah lokasi di zon perindustrian Sheikh Najjar di timur laut Aleppo. Ia telah menembak jatuh sejumlah misil,” lapor agensi berita SANA.

    Sementara itu, penduduk Aleppo mendakwa insiden itu turut menyebabkan bekalan kuasa elektrik terputus di seluruh bandar, namun ia dipulihkan semula beberapa jam kemudian.

    Sejak beberapa tahun lalu, Israel telah melancarkan ratusan serangan udara di Syria menyasarkan kedudukan Iran dan gerakan Hizbullah dengan matlamat untuk menghalang Teheran membina ketenteraan mereka di negara konflik- Agensi

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...