More
    Home Infaq Ramadan bukti keindahan Islam

    Infaq Ramadan bukti keindahan Islam

    MIRI, 18 Mei (SNN) – Majlis penyampaian infaq Ramadan telah berlangsung di sini hari ini anjuran Persatuan Melayu Miri (PMM) 2019. Acara yang berlangsung pada pukul 09:00 pagi tadi telah dirasmikan oleh Temenggong Haji Abdul Rahman Fadazil sambil diiringi oleh Yang Dipertua PMM, Tuan Haji Radzali Bin Haji Alision. Upacara tersebut dilaporkan bertempat di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

    Tuan Haji Radzali, Yang Dipertua PMM dalam ucapannya, mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi serta ucapan penghargaan kepada tetamu  jemputan, anggota PMM, jemaah Masjid Darul Ehsan Piasau, badan bukan kerajaan (NGO), ketua-ketua masyarakat, dan orang perseorangan yang turut serta dalam majlis penyampaian sumbangan infaq Ramadan kepada 720 asnaf yang memerlukan atas kejayaan penganjurannya.

    Temenggong Hj. Abdul Rahman, berjaket hitam sambil diperhatikan oleh Radzali (kedua dari kanan). Foto: PMM/Basar

    Dilaporkan sebanyak 720 orang penerima yang merupakan asnaf telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian. Penulis difahamkan bahawa asnaf-asnaf tersebut merupakan penduduk dari 24 buah kampung yang terdapat di Bahagian Miri.

    Barangan keperluan harian tersebut menurut Yang Dipertua PMM, Tuan Haji Radzali bin Haji Alision, “masyarakat Islam, badan bukan kerajaan (NGO), dan orang perseorangan telah bermurah hati pada bulan Ramadan ini untuk menyumbang beberapa infaq berbentuk beras, minyak masak, gula dan tepung serta wang tunai. Selain itu, wang tunai ini digunakan untuk membeli beras yang telah diagihkan kepada asnaf-asnaf melalui ketua-ketua masyarakat yang mendiami kawasan di sekitar iaitu turut hadir pada majlis ini.”

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lebih 15,000 penduduk di Daerah Bau mendaftarkan diri untuk terima vaksin...

    0
    BAU, 26 FEBRUARI 2021 (SNN) : Setakat hari ini hampir lebih 15,000 penduduk di sekitar Daerah Bau telah mendaftarkan diri mereka untuk menerima suntikan...