More
    Home Sarawak Serian Ibu bapa perlu kuasai kemahiran keibubapaan-ADUN Tarat

    Ibu bapa perlu kuasai kemahiran keibubapaan-ADUN Tarat

    TARAT, 14 OKTOBER, 2020 (SNN) : Proses pembelajaran dan pembentukan jati diri anak-anak bermula dari rumah dan bukan sepenuhnya bergantung kepada pihak sekolah dengan menjadikan ibu-bapa sendiri sebagai pendidik peringkat paling asas bagi anak-anak mereka.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Segah Wee Inn berkata, ibu-bapa peru mahir dan menguasai cara-cara asas untuk mendidik anak-anak yang menjadi asas kepada peringkat awal kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

    “Bengkel kemahiran keiubapaan perlua dianjurkan diseluruh negeri Sarawak dalam usaha menjadikan sesebuah keluarha itu mempunyai pengurusan keluarga yang sihat dan sejahtera,” katanya ketika hadir Majlis Perasmian Bengkel Kemahiran Keibubapaan di Hotel Roxy, Serian pada Selasa.

    Ibu bapa turut hadir bersama menjayakan bengkel yang diadakan pada Selasa lalu

    Tambahnya, bengkel berkenaan diadakan untuk menggalakkan ibu bapa bagi memahami selok belok pengendalian kelas tadika KEMAS dilaksanakan kepada anak-anak mereka.

    Ujarnya, anak-anak pelu diasuh dengan corak yang terbaik kerana mereka akan menjadi pemimpin di masa hadapan dan juga pemimpin di rumah.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan dan baikpulih kerosakan di Bau akan disegerakan-ADUN Tasik Biru

    0
    BAU, 16 JANUARI 2021 (SNN) : Daerah Bau antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sejak hujan turun tidak berhenti pada Rabu lalu sehingga...