Belia Hari Ini Akan Mencorak Masa Depan Negeri Sarawak

0
447
Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni bergambar bersama belia dan tetamu yang hadir pada Majlis Penangguhan Sidang Kemuncak Belia 2019 di Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) semalam.

KUCHING, 11 Oktober 2019 (SNN): Belia hari ini akan mencorak masa depan Negeri Sarawak. Justeru, dalam melihat sesebuah negara atau negeri itu maju atau tidak pada masa akan datang lihatlah belia dan beliawanis yang ada pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata belia adalah pewaris dan penentu masa depan yang akan mencorakkan negeri dan negara sama ada maju atau sebaliknya.

“Kita akan tahu sama ada negeri dan negara kita akan menjadi sebuah negara yang kuat dari segi ekonomi, dari segi sosial dengan adanya belia-belia yang berkualiti tinggi yang ada pada hari ini.

“Jadi, kamulah penentu masa depan sesebuah negara dan sesebuah negeri,” katanya semasa menyampaikan ucapan Penangguhan Sidang Kemuncak Belia 2019 di Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) semalam.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) menjelaskan selain memberikan penumpuan kepada Sains, Technology, Engeering Dan Matemathic (STEM), TEGAS kini mengorak langkah untuk memberikan tumpuan kepada keusahawanan.

“Kami fokus kepada pembelajaran dan latihan dalam bidang kemahiran Sains, Technology, Engeering Dan Matemathic (STEM) dan sekarang kita masukkan juga keusahawanan. Itulah maksudnya perjuangan TEGAS,” jelasnya.

Menurut Dr Haji Hazland lagi, TEGAS telah banyak menjalankan aktiviti di kalangan belia-belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar-pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah di setiap pelusuk negeri Sarawak.

“Sebelum 2012, pengisian dalam bidang teknikal dan vokasional di Sarawak hanyalah 65 peratus. Maknanya, jumlah 65 peratus daripada belia hanya 8,000 orang belia.

“Dengan adanya program TEGAS pada 2012, kita telah dapat meningkatkan pengisian tersebut daripada 65 peratus kepada 96 peratus

“Hampir 100 peratus belia kita telah dapat mengisikan keperluan teknikal Negeri Sarawak dan jumlah graduan yang dikeluarkan dalam bidang teknikal adalah sebanyak 12,000 orang graduan,” ujarnya.

Ketika ini Sarawak memerlukan lebih kurang 1.3 juta graduan-graduan teknikal bagi memajukan negeri ini.

Tambah Dr Haji Hazland lagi, TEGAS bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak dan Persatuan Anak Seni akan bekerjasama menganjurkan pertandingan karya dalam penulisan cerpen dan novel.

“Kita dalam usaha mempromosikan keusahawanan dan inovasi digital dalam bentuk pertandingan karya seperti penulisan cerpen dan novel pada tahun 2020.

“Ianya bukan sahaja akan memperihalkan segala fenomena keusahawanan dan inovasi digital tetapi juga dapat menerapkan fahaman tentang ekonomi digital iaitu satu agenda pembangunan Sarawak dalam kalangan rakyatnya”, ujar beliau.

Antara sebahagian belia yang hadir pada Majlis Penangguhan Sidang Kemuncak Belia 2019 di Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here