More
    Home Hari ini ulang tahun ke-69 Rosli Dhoby menjalani hukuman gantung

    Hari ini ulang tahun ke-69 Rosli Dhoby menjalani hukuman gantung

    MIRI, 2 MAC 2019 (SNN) –Hari ini adalah ulang tahun ke-69 Rosly Dhoby menjalani hukuman gatung.  Banyak peristiwa-peristiwa sejarah Sarawak yang kurang diingati atau telah dilupakan oleh semua lapisan masyarakat pada masa sekarang.  Kealpaan masyarakat ini akan memudahkan anasir-anasir jahat mengubah sejarah negeri kita.  Antaranya pada hari ini, 2 Mac 1950, Rosli Dhoby telah menjalani hukuman gantung sehingga mati selepas solat Subuh pagi tadi.

    Begitulah pandangan Yang Berhormat Puan Hajah Rosey Binti Yunus, Menteri Muda Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) pada 2 Mac 2019.  Beliau telah berucap semasa merasmikan SAMAceramah 2019: Syarahan Rosli Dhoby dan Rukun 13 yang diadakan di Masjid Istiqamah Kampung Luak, Miri.

    Sebahagian daripada peserta

    Turut hadir di majlis tersebut adalah Datu Dr. Hj. Sanib Bin Hj. Said, Pengurus Besar AKYBMS; Tuan Haji Mustapa Bin Haji Julaihi, Residen Bahagian Miri;  En. Abdul Aziz Bin Muhamad Yusof, Pegawai Daerah, Miri dan Penghulu Samion dan Tuan Shaikh Haji Naeemudin Bin Shaik Aminullah, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Istqamah.  Seramai lebih dari 100 orang telah hadir, termasuk pelajar sekolah menengah.

    Pembentangan dalam SAMAceramah telah dilakukan oleh Sanib Said, Samsol Bujang dan Azuan Jemat.

    Sanib Said memyampaikan ceramahan

    SAMAceramah 2019: Syarahan Rosli Dhoby dan Rukun !3 telah dianjurkan oleh AKYBMS dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri dan Masjid Istiqamah Kampung Luak Miri.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara...

    0
    BINTULU, 17 APRIL 2024: Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan ditingkatkan kepada sebanyak 1,500 megawatt secara berperingkat menjelang 2028. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri...