Generasi Muda Diseru Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Anasir Luar Sarawak

0
511
Julaihi menyampaikan cendermata kepada peserta sambil diperhatikan oleh Rohani

SEBUYAU, SARAWAK (SNN) – Generasi muda diseru jangan mudah terpengaruh dengan anasir luar Sarawak yang cuba membawa kebudayaan asing.  Kebudayaan dari luar Sarawak mungkin tidak sesuai dengan keadaan Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum bumiputera yang mempunyai perhubungan yang erat semenjak sekian lama.Seruan ini telah dilafazkan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Julaihi NarawI, Menteri Muda Pembangunan Lebuh Raya Pesisir Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.27 Sebuyau, Sarawak.

Julaihi sedang menyampaikan ucapan

Julaihi telah membuat seruan tersebut semasa merasmikan Majlis Intergenerasi Masyarakat Perihatin Sebuyau pada 6 Oktober 2018 di Dewan Pembangunan Sebuyau.  Majlis tersebut adalah anjuran PAWE (Persatuan Warga Emas Sebuyau bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan.

Turut hadir adalah Datuk Sri Hjh Rohani Karim, Ahli Parlimen P P.201 Btg Lupar; Ajis Ahmad, Pegawai Tadbir Sebuyau/Pengerusi PAWE Sebuyau; Norsila Openg mewakili Residen Samarahan dan Penghulu Hj Abu Seman Suhaili.

Julaihi melawat jualan kerja tangan ahli PAWE

Program Intergenerasi Komuniti ini bertujuan (a) Merapatkan hubungan & memupuk rasa PRIHATIN antara warga emas & golongan muda melalui program berbentuk INTER GENERASI (b) Mendayaupayakan warga emas melalui penyediaan perkhidmatan & program yang berimpak & dapat membantu warga emas hidup sejahtera (c) Menarik lebih ramai penyertaan & penglibatan warga emas dalam aktiviti yang dapat menyumbang kpd kesejahteraan menyeluruh warga emas.

Golongan warga emas dan golongan belia sekitar Sebuyau telah menyertai program ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here