OYA, 21 OGOS 2020 (SNN) : Usahawan wanita tempatan di negeri ini dinasihatkan untuk mendaftar bagi mendapatkan lesen perniagaan mereka.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, sekiranya usahawan wanita memiliki lesen perniagaan mereka mendapat manfaat dengan pelbagai bantuan diperoleh daripada agensi dan jabatan kerajaan.
“Satu kerugiaan bagi pengusaha wanita tempatan tidak mendapat manfaat daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan sekiranya mereka tidak mempunyai lesen perniagaan.
“Untuk itu, sesiapa yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan jangan ragu-ragu untuk memohon lesen itu,” ujar beliau semasa Program Ziarah Kampung Senau Bersama Wanita, Pemuda, Bapak dan Beliawanis PBB Kampung di Balai Raya Kampung Senau, Oya pada Selasa.
![](https://sarawaknewsnetwork.com/layout2/wp-content/uploads/2020/08/WhatsApp-Image-2020-08-21-at-20.28.32-1-1024x576.jpeg)
Tambah beliau lagi, ada pihak yang memberikan alasan tidak mahu memohon lesen disebabkan takut dikenakan cukai oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pihak LHDN tidak akan sewenang-wenangnya akan mengenakan cukai keatas perniagaan kerana pengiraan bayaran cukai diambil berdasarkan perolehan, dan bergantung kepada hasil mereka.-Sumber Ukas. Nizal.