Kuching, 21 Mei 2018 (SNN) – Penggunaan teknologi E-Cemetry oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) merupakan satu usaha permodenan sistem pengurusan kubur yang pintar.
Bercakap semasa dalam majlis perasmian E-Cemetry di Masjid Jamek Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patingi (Dr) Abang Johari berkata pelancaran laman sesawang berkenaan akan memudahkan penziarah melawat ahli keluarga mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan Samarian.
Ini akan memudahkan dan mempercepatkan ahli keluarga untuk mencari lokasi kubur ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia di perkuburan Samariang. Melalui pelancaran laman sesawang ini juga, kita dapati LAKMNS semakin tersusun
Pelancaran laman sesawang e-Cemetery merupakan jalinan kerjasama antara LAKMNS dan Sarawak Information System Sdn Bhd. (Sains).
Dalam majlis berkenaan, Datuk Patinggi Abang Johari turut mengedarkan bubur lambuk ‘MASJA-SA’ kepada orang awam di perkarangan Masjid Jamek Kuching. Beliau turut menyeru kepada masyarakat Islam supaya menggunakan sepenuhnya bulan Ramadan ini untuk beribadat dan mendekatkan diri dengan masjid.