More
    Home Sarawak Kuching Datuk Julaihi sempurnakan Majlis Penutupan Program Team Building Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi...

    Datuk Julaihi sempurnakan Majlis Penutupan Program Team Building Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi di Santubong

    KUCHING, 04 SEPTEMBER 2022 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Team Bulding yang dianjurkan oleh kementeriannya di Damai, Santubong, di sini, pagi tadi.

    Dalam ucapan beliau, Datk Julaihi memberitahu program berkenaan dianjurkan bagi membina dan memantapkan kerja berpasukan ke arah memastikan produktiviti serta hasil kerja di kementeriannya cemerlang dan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam menggerakkan pentadbiran sesebuah organisasi.

    Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan peranan pegawai dan kakitangan di kementerian MUT sangat penting untuk sama-sama merealisasikan agenda Kerajaan Sarawak menjadi wilayah maju dan berpendapatan tinggi seperti yang termaktub dalam pelan “Post Covid-19 Development Strategy (PCDS) 2030.”

    Sesi penyampaian hadiah kepada setiap pasukan dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung.

    Jelasnya, beliau harap program seperti itu dapat membantu meningkatkan kesedaran dan semangat kerjasama serta perpaduan dalam memikul dan melaksanakan tugas seharian dengan amanah kelak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...