SEBUYAU, 20 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi merasmikan bangunan Tabika Kemas baharu bagi Kampung Hulu C dan D di Kampung Lot Baru di sini semalam.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) Sebuyau berkata, Tabika merupakan proses penting untuk pendidikan awal kanak-kanak lebih-lebih lagi bagi anak-anak di kawasan luar bandar.
“Pendidikan adalah pelaburan yang amat penting bagi jangka masa panjang untuk setiap keluarga kerana dengan kualiti pendidikan yang baik akan mengubah tahap sosioekonomi mereka.
“Kerajaan telah menyediakan prasarana dan kemudahan seperti ini untuk ibu-bapa mengambil peluang dalam memastikan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan di peringkat awal kanak-kanak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Tabika Kemas baharu di Sebuyau.

Dalam pada itu, beliau turut meluluskan geran MRP berjumlah RM5,000 untuk Jawatankuasa Ibu-bapa Tabika.
Turut hadir sama Pengarah KEMAS Encik Khairuddin Md Nasir, Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Puan Mimunah, Penghulu Haji Abu Seman Suhaili dan tetamu yang lain.