More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi pantau perkembangan projek pembangunan jalan di Daerah Simunjan

    Datuk Julaihi pantau perkembangan projek pembangunan jalan di Daerah Simunjan

    SIMUNJAN, 19 DISEMBER 2020 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi pada semalam membuat tinjauan keatas beberapa tapak projek yang dilaksanakan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan.

    Dalam lawatan itu, beliau melawat tapak projek Jalan Kampung Tebuan yang merangkumi skop menaiktaraf jalan sepanjang 1.7 kilometer dan pembinaan tiga pembentung (culvert) yang dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun hadapan.

    Seterusnya, beliau bersama rombongan yang lain bergerak melawat tapak cadangan pembinaan jalan raya yang dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) di Simunjan iaitu Jalan Alternatif ke Pekan Simunjan serta Jalan menghubungkan Kampung Sabun dan Kampung Nanas.

    Sebelum berangkat pulang beliau berkesempatan menghadiri program penyerahan tapak projek daripada pihak JKR Samarahan kepada kontraktor terpilih bagi melaksanakan projek Jalan Sungai Jong yang dijangka bermula pada bulan ini dan siap pada April 2021.

    Turut hadir sama dalam lawatan adalah YB Tuan Awla Bin Dris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Simunjan, Tuan Haji Husini Bin Bakir, Pegawai Tadbir Khas IRSDA, Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Tuan Abdul Khalid Bin Manap, Pegawai Daerah Simunjan, Encik Sio Yu Guan, Wakil Penolong Pengarah Cawangan Jalan JKR Sarawak, Encik Indra Sakti Bin Haron, Pemangku Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Samarahan, Encik Abang Ahmad Azlan Bin Abang Ariffin, Wakil Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Samarahan dan pihak kontraktor.- Sumber JKR Samarahan.

    Datuk Julaihi (tengah) melawat beberapa tapak projek pembangunan jalan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...