More
    Home Dunia Datuk Julaihi antara salah seorang panel dijemput dalam Kongres Dunia Mudah Alih...

    Datuk Julaihi antara salah seorang panel dijemput dalam Kongres Dunia Mudah Alih 2023

    KUCHING, 01 MAC 2023 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi antara salah seorang panel yang diundang dalam Kongres Dunia Mudah Alih 2023 di Barcelona yang bermula sejak 27 Februari lalu.

    Beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini juga turut berkongsi pengalaman apabila Sarawak diberikan penghormatan dengan menjadi panel berucap pada hari pertama MWC23 anjuran Huawei Technologies yang turut dihadiri seramai 150 deligasi antarabangsa.

    “Kongres kali ini membincangkan pelbagai perkara seperti penyediaan kesalinghubungan telekomunikasi komuniti luar bandar selain usaha Kerajaan Sarawak dalam melengkapkan inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan infrastruktur telekomunikasi bagi mempercepatkan transformasi digital.

    “Antara lain yang turut ditekankan adalah pelbagai teknologi ketersambungan jaringan digital disediakan bagi kegunaan masyarakat luar bandar,” kata beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Datuk Julaihi menyampaikan ceramah beliau dengan berkongsi usaha yang tengah dilaksanakan oleh Sarawak kearah pendigitalan ekonomi.

    Julaihi yang mengetuai deligasi Kementerian Utliti dan Telekomunikasi itu turut menjelaskan objektif utama deligasi kali ini adalah untuk meneroka penyelesaian alternatif dan rangkaian yang akan memacu pertumbuhan telekomunikasi di Sarawak.

    Dalam pada itu, deligasi Sarawak turut mendapatkan pandangan berhubung sambungan telekomunikasi dan inovasi digital terkini serta teknologi yang dipamerkan oleh pemain industri da profesional terkemuka.

    Turut hadir sama adalah kedua-dua Timbalan Menteri; Datuk Liwan Lagang dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian MUT; Jafri Lias, Ketua Eksekutif SDEC; Sudarnoto Osman.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir di seluruh Malaysia bagi membantu pacu...

    0
    KUALA LUMPUR, 18 MEI 2024: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir dari Semenanjung Malaysia untuk bekerja di pelbagai sektor baharu bagi memenuhi keperluan dalam sektor-sektor...