More
    Home Sarawak Kuching Cipta makanan haiwan dari kulit hidupan laut, kejayaan Maryam diiktiraf dunia

    Cipta makanan haiwan dari kulit hidupan laut, kejayaan Maryam diiktiraf dunia

    KUCHING, 26 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Kejayaan pelajar sekolah Maryam Muzamir, 11 tahun mencipta sejenis makanan haiwan yang turut memenangi tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta di Toronto, Kanada pada Ogos lalu mendapat perhatian dunia.

    Pada Ogos lalu, Maryam, pelajar Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila merangkul tiga pingat emas dalam pertandingan sempena The 6th International Invention, Inovation Competition (iCAN) 2021. ICAN 2021 merupakan pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara yang diadakan secara dalam talian pada 28 Ogos lalu berikutan faktor pandemik Covid-19.

    Menerusi satu suntingan video pendek yang dikongsikan di akaun Twitter, pengacara hos antarabangsa James Coden yang tertarik dengan hasil ciptaan Maryam berkata inovasi gadis ini (Maryam) dalam mencipta sejenis makanan haiwan baharu yang diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut sangat luar biasa bagi gadis kecil yang masih muda sudah mampu mencipta sesuatu yang baharu.

    Tidak hanya itu, ciapan video tersebut turut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui hantaran di laman Facebook miliknya pada Sabtu.

    Tahniah diucapkan kepada adik Maryam Muzamir

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TYT attends Sarawak Hijrah year-end, new year prayer ceremony in Miri

    0
    MIRI (June 17): The Yang di-Pertua Negeri of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, accompanied by his wife, Toh Puan Datuk...