More
    Home Sarawak Betong Chee Kadir Tinjau 2 Projek RTP Bakal Siap Awal 2020

    Chee Kadir Tinjau 2 Projek RTP Bakal Siap Awal 2020

    KABONG, 27 Disember 2019 (SNN) : Yang Berhormat En. Mohd Chee Kadir hari ini meninjau perkembangan dua projek RTP yang dijangka siap pada awal tahun 2020 berjumlah RM800,000 di Kabong. Salah satu projek berkenaan merupakan pembinaan baru Masjid Lama yang terletak di Kampung Tengah Hilir, Kabong. Masjid Lama ini dirobohkan sebelum ini memandangkan keadaan masjid yang sudah terlalu usang dan uzur serta tidak lagi selamat untuk digunakan. Projek ini berjumlah RM500, 000.00 dan merupakan projek di bawah RTP 2019 (Rural Transformation Project) di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri N.40 Kabong.

    Mohd Chee Kadir yang juga merupakan ADUN N40 Kabong dalam kenyataannya berkata pembinaan projek bina baru Masjid Lama, Kabong di bawah Projek RTP 2019 DUN Kabong ini bakal memberi manfaat kepada penduduk Kabong amnya, dan penduduk di Kampung Hilir Tengah Kabong khasnya.

    “Pembinaan masjid baharu ini nanti dijangka dapat memuatkan sekitar 400-500 orang jemaah, dan projek ini dijangka siap pada awal tahun 2020, sekitar bulan Mac. Ia akan memberi manfaat kepada hampir 2000 orang umat Islam di kampung yang berdekatan”.

    Tapak projek pembinaan baru Masjid Lama yang terletak di Kampung Tengah Hilir, Kabong ini dijangka siap sekitar  Mac tahun 2020.

    Projek kedua yang turut ditinjau oleh Mohd Chee Kadir pada hari yang sama adalah projek naik taraf kemudahan pelancongan di Tanjung Kembang. Projek naik taraf fasa yang kedua  ini melibatkan naiktaraf lantai, tandas, serta bilik persalinan  yang berjumlah RM300,000 yang melengkapkan kemudahan untuk dewan terbuka di pantai Tanjung Kembang. Projek ini juga merupakan Projek RTP 2019 di bawah Ahli Dewan Undangan N.40 Kabong.  

    Sebagai makluman tambahan dewan terbuka di kawasan pelancongan Tanjung Kembang ini telah siap dibina pada awal tahun ini, namun kemudahan lain seperti lantai, tandas dan bilik persalinan merupakan projek fasa kedua yang masih dalam fasa perlaksanaan. Projek naik taraf kemudahan pelancongan di Tanjung Kembang ini dijangka akan siap sepenuhnya  pada Mac tahun hadapan.

    Turut hadir bersama dalam tinjauan ini ialah Yang Berusaha, Encik Bilong Anak Engkasan, Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Saratok.

    Mohd Chee Kadir semasa meninjau projek naik taraf kemudahan pelancongan di Tanjung Kembang

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...