More
    Home Sarawak Betong Chee Kadir Mulai Turun Padang, Patuhi SOP

    Chee Kadir Mulai Turun Padang, Patuhi SOP

    Kabong, 18 Jun 2020 (SNN): Setelah hampir 3 bulan menjalani PKP di rumah, hari ini Yang Berhormat Encik Mohd Chee Bin Kadir (ADUN N.40 Kabong) mulai turun padang dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Beliau mengadakan lawatan tapak bagi Rural Transformation Project (RTP) bagi Tahun 2020 untuk kawasan DUN N.40 Kabong yang meliputi Roban, Nyabor, Gerigat dan Kabong.

    Mohd Chee Kadir yang mengadakan lawatan bersama agensi pelaksana iaitu pihak Majlis Daerah Saratok mengadakan lawatan ke 7 Projek RTP 2020 yang akan dilaksanakan pada tahun 2020 ini. 

    Antara projek-projek berkenaan ialah :

    1) Menaiktaraf Masjid Lama Kabong Fasa 3 (RM300, 000.00)

    2) Pembinaan Penginapan Tanjung Kembang, Kabong (RM300, 00.00)

    3) Membangun Tebingan Sungai Seblak Dan Lintasan Konkrit Di Daerah Kecil Roban (RM100, 000.00)

    4) Binabaru Gelanggang Futsal Di Sungai Pasir, Nyabor (RM400, 000.00)

    5) Menaiktaraf Gelanggang Futsal Kampung Nyabor (RM150, 000.00)

    6) Baikpulih Dewan PNK Gerigat (RM100, 000.00)

    7) Menaiktaraf Taman Air Tanjung Kembang, Kabong (RM50, 000)

    Antara yang hadir bersama sesi ini ialah Penghulu Lim Kheng Huat, rombongan dari Majlis Daerah Saratok, Tuai Rumah Engkasan ak Wat dan beberapa yang lain.

    Mohd Chee Kadir merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak, di bawah Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana telah meluluskan peruntukan di bawah RTP 2020 ADUN N.40 Kabong bagi perlaksanaan beberapa projek pembangunan untuk kawasan Kabong. Untuk rekod, sebanyak 21 projek pembangunan dan sebanyak RM5 Juta diperuntukkan untuk tujuan berkenaan yang akan dilaksanakan pada tahun 2020 ini dan melibatkan beberapa agensi pelaksana.

    Lawatan ke Masjid Lama Kabong
    Mohd Chee Kadir bersama pihak MDS melawat ke Gelanggang Futsal

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...