Buku Serendah RM1 Sempena Cuti Sekolah

0
392
Pameran Buku The Hills telah bermula dari 30 November lalu hingga 12 Januari 2020.

KUCHING, 13 Disember 2019 (SNN) – Bagi peminat buku, Pameran Buku The Hills telah bermula dari 30 November lalu hingga 12 Januari 2020. Pameran dan jualan buku ini berlansung selama lebih sebulan dan diadakan pada musim cuti sekolah bagi memberi peluang kepada pelajar serta ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti sambil berkunjung ke sini.  Malahan ini merupakan peluang baik untuk berkunjung ke sini bagi mendapatkan buku yang diperlukan dengan harga jauh lebih murah dengan pelbagai tawaran menarik.

Penganjur Pameran Buku The Hills Larry Siah berkata selain tawaran diskaun sehingga 70 peratus, pengunjung yang pernah datang pastinya tahu kemudahan yang kami sediakan sepanjang acara ini di mana ruang pameran yang berhawa dingin pastinya memberi keselesaan kepada mereka yang hadir bersama keluarga atau rakan-rakan.

Buku yang dipamerkan dan dijual terdiri daripada buku kanak-kanak dan buku untuk golongan dewasa meliputi bidang pendidikan, sejarah, politik, perniagaan, kesihatan dan sebagainya.

Percaya atau tidak, dengan hanya RM1 anda boleh dapat buku kegemaran tanpa perlu berfikir panjang dan boleh membeli hingga berbakul-bakul di sini.

Anda sudah boleh rancang perjalanan dan pilih hari yang bersesuaian untuk datang nanti kerana jualan ini akan tamat pada bulan Januari nanti,

Orang ramai dialu-alukan berkunjung di The Hills Mall (Kuching Pullman) untuk merebut peluang mendapatkan buku pada harga serendah RM1 sehingga 12 Januari 2020 kelak.

Mereka yang berada di luar Kuching pun boleh datang beramai-ramai merebut peluang ini. Sebarkan berita ini kepada kawan-kawan, keluarga, jiran dan saudara mara.

Antara koleksi buku kanak-kanak yang boleh didapati di sini dengan harga serendah RM1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here