BINTULU 3 JULAI 2020 (SNN) : Unit Perancangan Ekonomi Sarawak (SEDC) kini giat membuat beberapa kajian bagi menarik lebih banyak pelabur luar ke Sarawak.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, kawasan Tanjung Kidurong ini akan dibangunkan oleh SEDC bagi menyediakan kemudahan dan sekaligus menarik kemasukkan para pelabur.
“Kawasan ini akan menjadi Hub Petrokimia yang akan diurus dan dibangunkan SEDC.” tambahnya dalam lawatan ke Tapak Projek Methanol Sarawak semalam.
Tambahnya lagi, tanah ini milik SEDC dan mereka yang akan membangunkan kemudahan asas dan seterusnya syarikat-syarikat petrokimia akan menempatkan pengeluarannya di kawasan hub ini dengan utiliti yang dikehendaki pihak syarikat dakan dibekalkan pihak SEDC.
Dalam perkembangan yang sama, pembukaan Hub Petrokimia ini juga memerlukan di antara 320 hingga 360 orang pekerja mahir bidang teknikal yang terbuka kepada mereka yang mempunyai pendidikan di peringkat diploma dan ijazah.
Justeru, pembukaan kawasan hub ini tidak hanya meningkatkan ekonomi Sarawak malah akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada para graduan yang mahir dalam bidang diperlukan.-Sumber Ukas. Dilaporkan oleh Nizal.